Thursday, September 13, 2007

Setengah hari di Bort Sudan

Semalam escape jap dari bosan tahap maksima dengan makan angin di Bort Sudan. Sebab, keesokan harinya nak puasa, pekan sentul ni pon sibuk la penuh dengan bermacam aktiviti perniagaan, melepak dan bermacam ragam manusia. Pencemaran bunyi dari "hon" kenderaan dan sekali-dua kala "hon" asli dari kenderaan rasmi 4 kaki negeri pasir berdengung ni, yaitu keladai menambahkan hiruk pikuk suasana petang itu.

Tujuan ke pekan pon bukannya apa, kengkawan nak beli senaskah dua Al-Quran dan buah rotob. Harga senaskah Al-Quran disini memang kompetitif seingat aku la berbanding harga di kaki lima Kotaraya suci Mekah Al-Mukarrammah.
Sebuah kedai yang kami singgah di kaki lima mempamerkan bermacam2 buku dan dan alatan ibadah bergantungan atau diletakkan atas kaki lima begitu saja.

Orang ramai yang berteleku dan duduk2 tu sedang bersembang dan bertukar gosip sambil minum kopi cangkung yang turut di jual berhampiran.
Peniaga2 boleh kata bersepah2 lah menjual barangan mereka, yang pakcik kat bawah teduh tu jual tali pinggang dan aksesori pakaian lelaki. Yang kat depan sekali tu pulak jual kayu sugi dan bermacam2 artifak yang tidak dikenali.

Gambar ni ambil jauh2 sebab orang sini tak gemar gambar mereka diambil. Sementara aku sendiri tak gemar dengan barang yang dijualnya maka tak adalah consensus untuk berjual beli sambil ambil gambar.
Pakcik ni pulak jual tikar gulung sambil berdiri. Terpikir jugak, kenapa hanya tinggal dua? Laku ker? Mungkin stok nya masih ada di belakang kedai kot.Rotob tak ada, yang ada Tamar. Tamar Sudan ni tak best sangat pasai dia kering. Kena rendam aiyiaq hangat gitu sampai dia lembut sikit baru leh makan. Silap haribulan leh patah gigi makan yang kering begitu saja.
Jalan "raya" penuh sesak dengan kenderaan termasuklah keladai ni yang menunggu giliranya di simpang. Traffic light takder, asal siapa berani jalan dulu. Agaknya, kalau budaya merempit singgah ke sini dibawa oleh expat2 Malaisi macam mana la pulak keadaan jalan raya kat sini nanti? Kita tunggu..!
Pakcik ni bawak berguni2 gula untuk dijual diatas kenderaan "eco-friendly" nya. Kesimpulan dari gambar ini:-
1) Orang Sudan kuat makan Gula, pakcik tu pon sihat jer
2) Perniagaan disini dijalankan tanpa mencemarkan alam sekitar
3) Kenderaan ni front leg center drive.

Chewahh! Siap "double park" lagi. Kalau kat Keyhell dah tentu kena saman berguni.Lagi suasana kalut malut yang dapat disaksikan dari dalam keselesaan Totota Land Cruiser GXR.
Ni bank Sumber Binatang. Agaknya apa jenis produk yang ditawarkan oleh bank ni? Bank Riba ker Bank Islam?
Lori Mercedes warna warni yang turut menyusuri jalan raya ini. Jam sebentar.
Sibukkan? Yea lah, ramai orang yang buat "last minute shopping" ala-ala orang Malaisi jugak.

Ni salah sebuah kedai tujuh sebelaih yang boleh ditemui sebijik dua sepanjang lebuhraya dari pekan balik ke Bashayer, tempat aku merempat.
Senario yang biasa di lihat atas lebuhraya di negara ini. Laju bukan main tu.. "Safety" jangan ditanya la.

Dalam perjalanan balik sempat la kami singgah di sebuah masjid yang ringkas rekabentuk nya. Bilal melaungkan azan dari luar masjid memanggil umat Islam menunaikan solat Asar berjemaah.Sempoi jer. Orang sini ambil wudhu pakai bejana kecil tu ja. Sumber aiyiaq yang terhad mungkin membentuk cara hidup yang sesuai dengan keperluan setempat. Bukan macam orang kita, habis basah baju.
Budak ni main aiyiaq sambil kerenyih, membuatkan aku teringat anak aku Muhammad Nuaim. Ada la sekali tu bawak dia pi sembahyang masjid. Tengah dok sembahyang dia hilang takdak dekat2 tu. Mula la tak kusyuk sembahyang. Bila dah habis bagi salam, cepat2 la pi cari anak sulung sorang tu kat mana. Rupa-rupanya jumpak dia dok syiok main aiyiaq pancuq kat belakang sampai habih basah baju.

1 comment:

Cempodot said...

Nice pix!! Memang betoi pun pasai ambik ayiaq sembahyang. Orang Malaysia mentang2 banyak ayiaq, ambik ayiaq sembahyang boleh lencun2 baju seluaq semua. Ayiaq keluaq dari pancuq bukan main lagi deraih. Reminds me of the time in Madinah when I was there for Umrah several years back - perangai orang M'sia kat sana pun sama je --dia malas keluaq ambik ayiaq sembahyang, dia ambik la pakai ayiaq zam-zam yang ada banyak kat dalam tong2 kat dlm Masjid Nabawi tu - lepaih tu, dia angkat air sembahyang - pakai ayiaq banyak, dia curah je kat atas lantai masjid - habih basah carpet semua. Orang Arab pandang je jeling2. Malu sat jadi orang Islam dari Malaysia.