Technically, semalam puasa Ramadhan ana yang ke 30 harinya disini. Yealah, tahun lepas kan dah puasa 29 hari dah di Negara Pasir Berdengung Darul Permai ni. So dah rasa macam seasoned pulak puasa negeri panaih berdebu ni. Dalam sejarah hidup kira dah kali ke-4 lah posa luaq negeri ni.
Beza banyak dulu, sempat 2 kali puasa kat Glasgow. Puasa masa zaman muda remaja di negeri orang seksi meksi dan sejuk gigil ada cabaran tersendiri kalau di bandingkan dengan puasa kat negeri panaih badan dan panaih hati sebab layan orang sentul. Apapun, kena lah bawak banyak bersabaq.
Dulu puasa kat Glasgow, time bukak slalu pi Masjid makan Briyani Pakistani "More Curry Brother". Memang sedap sebab free. Kalau bayaq pon tetap sedap sehingga menjilat jari. Kadang kadang dapat la makan Sweet Rice dengan gulai, pergh..sedap! Walhal pertama kali kena rasa kembang gak tengkok sebab tak penah rasa, dan tersilap kerana tamak haloba isi banyak pulak atas pinggan. Tapi dah 2-3 kali kena memang cari lagi, sesenduk dua.
Sekarang di negara Sudan ni, lagi sedap kalau makan lauk rendang semalam sebab Orang Malaisi sendiri yang masak. Kalau ikutkan menu orang sini, tak sanggup kot berbukak. Memang tabik "Spring" kemampuan orang sini makan kacang kuda, kurma keraih dan aiyiaq jus kurma masam sambil berdiri. Dah adat mereka hanya berjamah sedikit mengikut sunnah sebelum bergegas ke surau menunaikan Maghrib. Bila selesai sembahyang baru depa pulun makan makanan tradisi mereka. Orang Malaisi, macam biasa la, melantak sampai 3 kali tambah baru bisa beransur balik solat.
Apa-apa pun, harap dapat terus berpuasa di sini sebaik mungkin dan di beri kesabaran dari mencacatkan ibadah sebab kutuk masakan sentul tak sedap. Tinggal 21 hari saja lagi sebelum dapat pulang berpuasa bersama keluarga, InsyaAllah..
Ini la Rotob yang dimaksudkan. Mungkin diimpot dari Jordan atau Lubnan. Takdak rasa kelat sikit pon. Manih melecaih macam Nancy Ajram. Haihh..puasa puasa!
Friday, September 14, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment