Last Kopek: Sesuatu perkara atau perbuatan yang tinggal sikit lagi, nak habih dah tapi perlu memberikan seratus peratus tumpuan. (Petikan Kamus Pasir Berdengung)
Setiap kali guna perkataan last kopek ni aku sentiasa terbayang orang kopek nyiok, dah penat mengopek seharian sampai badan bermandi peluh. Kira "last kopek" tu hat nyiok yang tinggal last ulas atas besi pengopek yang tajam macam lembing tu (nama dia aku dah lupa)
Subuh: 5.10am
Maghrib (Berbuka): 6.19pm
Waktu: Port Sudan
Hari ke 20
Malam ni dah malam ke 21. Tinggal lagi 10 malam berbaki Malam Ramadhan yang mulia. Pastinya aku tak bersedia melepaskan ia pergi, tapi apakan daya iman lemah. Bangkit pagi teringat "cornflakes dan madu" ja untuk buat sahur. Ish..
Tak salah aku ada hadis tak pasti sanad nya mengatakan kalau sesuatu perbuatan tu di buat selama 21 hari berturut InsyaAllah jadi disiplin lepas tu. Nyatanya dah 20 hari aku posa, yang disiplin ialah bab tidoq lepas sembahyang subuh dan tidoq time lunch sampai kat 2 jam everyday memang jadi rutin harian. Hari ni, kalau aku tak "break the cycle", memang aku akan jadi penagih tidoq lunch time, tidoq yang melebih2 bukan seperti dianjurkan oleh Rasulullah iaitu tidur "sebentar".
Alangkah baiknya kalao aku dapat jadikan bangun malam sebagai rutin, tapi apakan daya banyak yang tergagal. ish..
Semoga kita diberi kekuatan untuk berjuang dimalam2 terakhir ni. Semoga kita dipanjangkan umur juga untuk bertemu lagi dengan Ramadhan tahun-tahun akan datang. Amin..
Tuesday, October 02, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment