Thursday, August 09, 2007

Dag..dig..dug

Hmm, hari ni hari Khamis. Hari ini mungkin tidak ber-erti untuk tuan-tuan atau puan-puan, adik, abang dan kakak sekelian. Tetpi hari ini, hari yang amat bermakna bagi diri hina empunya laman blog (blog melayunya aper ya?).

Hari ni hari 'lima' tanggal 9 hari bulan, bersamaan 25 Rejab 1428. Hari yang cukup bermakna bagi diriku. Hari yang amat dinanti-nantikan. Hari yang penuh debaran. Apa yang menyebabkan aku amat merasa berdebar-debar untuk melalui hari ini. Oh yea, aku masih berdalih dan belum menceritakan keutamaan hari ini bagi diriku. Hari ini banyak keutamaan nya. Hari ini, bermakna tinggalah kurang lebih 5 hari lagi dalam bulan Rejab yang mulia. Kalau masih belum berusaha tu, teruskan lah. Jangan jadi macam aku, kantoi lagi makan maggi asam pedas.

Yang sebenarnya, hari ini bukan itu sahaja keutamaanya, tetapi keutamaan yang lebih utama dan amat bermakna bagi diriku ialah jatuh pada hari inilah, kawanku Ripin the Stingray Slayer dapat tangkap sotong. Kena lah tukar namanya ke Ripin the Sotong Slayer. Tapi, apa kena mengena hari ini dengan sotong tangkapan kawanku itu? Emm..sememangnya tidak ada apa-apa hubung kaitnya. Kerana sotong itu bukanlah dirancang untuk menjadi mangsa kawanku pada dhuha hari tadi. Bukanlah jugak kerana sebab tertangkapnya sotong tadi, maka kawanku Bro Z akan memasak nasik lemak sambal sotong "kereta". Tidak..sekali-kali tidak. Aku mungkin terkilan tak dapat merasai lagi nasik lemak yang sedap itu buat kali ini. Pun begitu, tak putih mata pun.

Sebab yang sebenar-benarnya adalah, pada hari ini aku akan memulakan langkahku dengan menaiki kapal terbang ke Ibu Kota negara Pasir Berdengung. Horeyy!!! Alhamdulillah, mahunya aku sujud syukur, tetapi aku malas. InsyaAllah aku akan sujud bila aku kembali ker tanah air kelak. Destinasi terakhir ku.

Pada hari ini langkah ku akan bermula. Dengan satu langkah, maka dengannya mendekat kan lagi aku ke teratak tercintaku. Lapan ribu batu amat lah jauh. Lapan ribu batu yang bermula dengan satu langkah. Lapan ribu batu yang akan mengambil masa hampir 2 hari untuk mengakhirinya.

Semalam aku hanya mampu berenang sejauh 750m berhenti-henti. Penat! Tapi lapan ribu batu ini tak mungkin menyebabkan aku lelah dek kerana keseronokkan dihati ku yang kusam selama lapan puluh hari bermandi pasir dan debu. Perjalanan aku mungkin tidak diakhiri dengan berkibarnya bendera Malaysia seperti usaha berani seorang mamat yang bernama Qobin. Tetapi berkibarlah bendera Istana bahagia ku tetap lebih bermakna.

Kalau dah dapat balik tu tentu la seronok, suke-suke aje? Yea! Tidak dinafikan. Tetapi dadaku tetap berdebar-debar. Takut-takut ada yang tertinggal. Takut-takut tertinggal kapal terbang. Dan macam-macamlah kerunsingan yang bermain di benak aku.

Setelah semua baju di lipat. Hutang dilangsaikan. Kerje diselesaikan. Kerje? Kerje ape? Kerje tetap berjalan walaupun tanpa kelibat sang Muhandis di bumi gersang ini. Kerje tetap kerje. Kerje tetap berjalan. Jalanlah..aku tak peduli lagi..

Yang penting barang semua tersimpan kemas didalam bagasi. Hutan ditebas. Tiket di simpan di tempat yang mudah. Wang di simpan di kocek. Pasport disimpan salinannya baik-baik.. Maka bermulalah perjalanan aku pulang.

Seperti yang Soleh merindui Tuhannya. Aku pun merindui Tuhanku. Tetapi aku masih takut kerana tak cukup. Begitulah hakikatnya perjalanan hidup insan yang lemah..

Aku merindui dia. Harap-harap dia juga merinduiku. Aku juga merindui yang dua lagi. Tapi apakah mereka akan mengingatiku? Itu lah hakikat nya. Kalau dua kekasih yang belum rasi mesranya saling berjauhan. Mungkin kasih akan berganti. Apakah begitu juga Kasih yang berdua kepada ku? Itulah debaranya. Debaran sang Muhandis yang mengejar nama dan duniawi, sehingga keciciran yang penting dan ikhlas darinya. Kasih yang ikhlas itu aku buang begitu saja? Atau aku simpan..tetapi di mana? Dapatkah ku buktikan sesuatu? Dapatkah ku lakukan sebaiknya? Dapatkah ku bertakhta dihati-hati mereka kembali? Itu lah debaranya.

Dag..dig..dug..

No comments: